Sunday 26 February 2012

KISAH SEDIH AKU SEPANJANG 2011 FLASHBACK

SALAM SEMUA . MASIH MENCARI IDEA UNTUK MENGUPDATE BLOG AKU YANG AGAK SUNYI TANPA CERITA-CERITA YANG MENARIK ,AKHIRNYA AKU MAHU MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN PAHIT YANG AKU ALAMI SEPANJANG 2011 . OK . KISAH INI BERMULA APABILA SEKUMPULAN GENG-GENG AKU BERPAKAT UNTUK BERCUTI AT GENTING SELAMA 1 MINGGU . SEMUANYA ATAS CADANGAN AKU SENDIRI DAN KAWAN-KAWAN . DIPENDEKKAN CERITA KITEORANG SEMUA BERSETUJU & TAK ADA APA2 BANTAHAN . THEN AKU TANYALAH KAWAN AKU SI AMIR . WEH KITE NAK PERGI NAIK APE DOE ? KERETA OR MOTOR . AMIR : AKU IKUT JE . MOTOR BOLEH , KERETA PON BOLEH , TAI KALAU IKUTKAN HATI BETTER NAIK KERETA KOT . SI AMIR PON MEMPUNYAI PERASAAN SAMA DENGAN AKU . BUKAN APA , SEHARI SEBELUM BERTOLAK TU AKU RASA LAIN MACAM . MACAM ADA SOMETHING AKAN BERLAKU TAPI TAK TAHU BILA . MUNGKIN MAINAN PERASAAN KOT . THEN AKU LUPAKAN . YANG SORANG KAWAN AKU LAGI NI SI LAN LAIN MACAM PULAK AKU TENGOK MASE TU . AKU TANYE DIE JUGAK NAK NAIK APE PERGI SANE AN. THEN DIE DIAM JE . OK MAYBE DIE TAK DEK MOOD RASANYA . LEPASTU AMIR TANYE PULAK .LAN KO NI ORANG NAK CONFORM BETUL2 KO SENYAP JE KENAPA ? NAK MAMPOS . LAN PON BUAT TAK THU JE . MACAM ADA MASALAH JE DIE MASE TU . TAKPELAH SELESAI UNTUK HARI TU . KAMI PON KELUAR UNTUK BELI BARANG APA YANG PATOT & TAK CUKUP MAKLUMLAH SEMINGGU KOT . KEESOKKAN HARINYA SELEPAS SOLAT SUBUH AKU CALL SEMUA KAWAN2 AKU , WEH KORANG DAH SIAP KE ? BARANG SEMUA DAH READY ? MOTOR SEMUA DAH COMPLETE ? XDEK MASALAH ERK ? ROSAK KE APA AKU TANAK MASUK CAMPUR . KITEORANG CONFORM MMG NAK KONVOI BERAMAI-RAMAI . AKU PON BERSIAP-SIAP THEN PERGI UMAH LAN .LAN KAWAN BAIK AKU DARI KECIK . AKU PON TUNGGU LA DIE BERSIAP . EXCITED DAH SEMUA . SI AMIR DAH GERAK TUNGGU AT PETRONAS SEK 20 . AKU MASIH LAGI TUNGGU LAN . THEN DIE PON KELUAR . SEBELUM TU LAN SEMPAT LAGI SALAM TANGAN IBUNYA .MASE TU AKU DAH TGK DIE LAIN MACAM . SAMPAIKAN DIE CAKAP KT MAMA DIE . MAK, LAN NAK PERGI DULU , APA2 MAK JANGAN RISAU . AIK ! AKU BERCAKAP DALAM HATI , BUANG TEBIAT KE KAWAN AKU SORANG NI . OK PERASAAN TU HILANG BUAT SEMENTARA . AKU PON GERAK DENGAN LAN KE PETRONAS SEK 20 DENGAN 4 ORG KAWAN YANG LAIN TERMASUK AMIR . DAH LEPAS ISI MINYAK TERUS PECUT KE HIGHWAY . MAS ENI TAK INGAT APE . PECUT SELAJU LAJUNYA . AKU DEPAN SEKALI LA . MOTOR PALING POWER . SI LAN BELAKANG SEKALI . MASING-MASING BAWAK MACAM ORG GILE . AMIR TAK PAYAH CAKAP LA . MAIN2 BAWAK MOTOR . TAPI 1 KEJADIAN TELAH BERLAKU . SAMPAI JE DEKAT DEPAN PERHENTIAN GOMBAK . ALLAHUAKBAR , AKU DAH AGAK MESTI JADI .DAH RASA DALAM HATI . LORI SAMPAH DARI BERTENTANGAN MEREMPUH LAN . MASE TU AKU TAK NAMPAK LAGI. SEBAB LAN BELAKANG . AMIR YANG MENJERIT DEKAT AKU .SHAH , !!!!!!!!!!!!! LAN !!!!!!!!!!!!. AKU PON TERUS BERENTI & BERGETAR TGN AKU . AMIR DAH NAGIS DAH . AKU MASIH LAGI MENGGELABAH . TERUS BERLARI PERGI KE LAN . DALAM HATI AKU , YA ALLAH , JANGANLAH APA2 JADI KAT LAN .SEMUA PERGI TGK LAN ,. BADAN AKU DAH SEJUK DAH NI ., TERUS PELUK LAN , KALAU TGK DAIR SEGI FIZIKALNYE , XDEK APE LUKA . TP MUNGKIN EFFECT KEPALA DIE TERANTUK BATU .TERUS AKU PELUK LAN , AMIR CUBE CALL AMBULANS .,SEMUA MENGGELABAH . KAWAN YG LAIN CUBE CALL PARENTS LAN , AKU TERUS PELUK ERAT LAN . MASE TU TAK YAH CAKAP LA . AKU MENANGIS MACMA ORG GILE . PEDULI APE ORG NAK KATE . PERKARE JADI DEPAN MATE AKU ,. KAWAN BAIK AKU PULAK . LAN MACAM DAH GIVE UP . AKU CUBE TENANGKAN DIE . MENGUCAP LAN . DIE GENGAM TANGAN AKU SEOLAH2 MCM DIE DAH NK PERGI . AIR MATA AKU MENITIS TAK HENTY2 . AMBULANS MANA AMIR ? ASAL LEMBAP SANGAT KIMAKK . BADAN LAN MAKIN LAME MAKIN SEJUK . DENGAN RELA HATI AKU CUBE MEMBISIKKAN SHAHADAT DI TELINGENYE . MENGUCAP LAN . JANGAN PERGI DULU . AKU SAYANG KO LAN . LAN DAH TERKEDU . LANGSUNG XDGR SORE DIE DAH . 2 SAAT LEPAS AKU BISIKKAN DI TELINGE DIE . DENGAN IZIN ALLAH . DIE PERGI UNTUK SELAMNYA . HATI AKU TERUS RUNTUH . SEBAK . KESAL . AMIR SEMUA KAWAN2 LAIN PELUK AKU. SABAR SHAH . ARWAH DISEMADIKAN PTG TU JUGAK .  .SEMINGGU AKU TRAUMA . DUDUK RUMAH  . PK BALIK . ADAKAH SALAH AKU AJAK DORANG ? KALAU AKU X AJAK MESTI X JADI KAN . ? HMM . PERKARE NAK JADI . MUNGKIIN TAKDIR . SO AKU REDHA DENGAN APE YANG BERLAKU . MALAS NK CERITA DGN LEBIH DITIL LAGI . NI LAH KISAH 2011 YANG PALING AKU X BOLEH LUPA SAMPAI BILA2 . SALAM . AL FATIAH UNTUK ARWAH MOHD AZLAN MISKIRAN . 1992-2011

DI MANA HENDAK DIPEROLEHI TEMAN SEJATI


Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.
Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.
Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.

Sunday 19 February 2012

A.N.T.I. G.A.Y

hye peeps , bertemu lagi kitai  semua . hari ni aku nak cerita pasal diganggu gay pailaing malam tadi . huh ! . Boleh die im aku cakap stim tengok muka aku ? zzz . WTF ! ya allah simpang malaikat 44 . nabi tak mengaku umat kot . apa nak jadi . adakah salah mak ayah dia mendidik anak ? ataupon salah diri sendiri yang tak tahu hukum haram islam . berikut adalah gambar-gambar IM beliau . :

I.N.T.R.O.B.Y.M.E

hye peeps my name is shahrul izwan . berumur 20 tahun . Menetap di ampang . selangor . boleh panggin shahrul @ kedink . normally kawan2 just call me kedink coz terlalu kurus . hehehe . memang pon . anak bongsu dari 2 orang adik beradik . yang seorang lagi kakak . bosan kan tak ada adik beradik yang lain abang , adik , memang bosan . kalau kat rumah ibarat duduk dibawah tempurung . membosankan . hehehe . ok hari ni aku nak cerita tentang latar belakang aku dengan lebih jelas lagi . ok ? . hmm . tapi sedih sikit lah , sokey aku akan cuba tahan kesedihan ni . hehe . nampak macam gembira je kan ? tapi tulah kata orang . tak semua orang tunjukkan kesedihan dia . macam aku , sedih mana sekalipon aku tetap tersenyum walaupon dalam hati ni sebak & fikirkan sesuatu . ok . act aku ni anak angkat . terkejut kan? ok sabar ..aku tahu pon yang aku ni anak angkat since umur aku form 4 tak silap . parents aku yang bagitau sendiri . mean face to face dengan aku mase tu . memang terkejut & sedih la mase dorang cakap aku ni anak angkat . yelaa mana tak nye . 20 tahun aku diasuh oleh keluarga angkat . 2 minggu aku duduk kat rumah . menangis ade lah sikit . tp aku sabar . mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku . cuba nak berkongsi dengan kawan2 , tapi aku taknak menyusahkan dorang . sampai sekang aku tatau sape parents sebenar aku . mak aku cakap dorang tak tinggal kan ape2 dokumen pon . surat beranak pon tak ade . sedih kan ? mungkin aku diambil di pusat2 penjagaan . tapi entahlah . sekarang aku masih lagi memikirkan perkare ni tapi tak serius la coz aku gembira dengan keluarga aku sekrang . dorang yang didik aku dengan penuh kasih sayang . belum tiba masanya aku nak fikirkan tentang ni semua . k ? so ni lah diri aku . salam :(